Nama penyanyi Ina Naim kembali menjadi perhatian selepas muncul dalam video TikTok Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.
Menerusi satu video di Tiktok, Ina menafikan dakwaan dirinya pernah ‘didera’ atau hidup terlalu ‘naif’ sewaktu bergelar isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad.
Ina Naim jawab peti ais bukan keperluan penting
Menjawab persoalan yang dibangkitkan, Ina menjelaskan bahawa ketiadaan peti ais di rumahnya bukanlah isu besar. Baginya, peti ais tidak diperlukan kerana dia kerap membeli barangan segar di pasar setiap hari.
Peti ais tak ada tu betul sebab saya hari-hari pergi pasar beli makanan segar.
Kejujuran dan kasih sayang jadi keutamaan
Bagi Ina, keperluan rumah tangga bukan sekadar bergantung pada kelengkapan seperti peti ais, mesin basuh atau televisyen.
Baginya, apa yang lebih penting ialah kejujuran, kasih sayang, dan sikap bertolak ansur dalam hubungan suami isteri.
Bagi saya, peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang, dan sikap bertolak ansur.
Netizen puji sikap sederhana Ina Naim
Jawapan Ina itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikapnya yang bersederhana dalam menjalani kehidupan. Ramai berpendapat, pandangan Ina mencerminkan nilai sebenar dalam membina kebahagiaan rumah tangga.
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.