Tragedi water rafting… Tiga peserta ‘team building’ JKR mati Iemas, dihanyutkan 4 kilometer

Tiga peserta lemas ketika menyertai aktiviti water rafting di Sungai Kampar pada petang Jumaat. -Foto Ihsan JBPM Perak

TIGA peserta yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, maut selepas lemas ketika melakukan aktiviti berakit redah jeram (water rafting) di Sungai Kampar di Gopeng, Perak pada petang Jumaat.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.56 petang.

“Mangsa merupakan antara 22 peserta program team building daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi serta enam pemandu pelancong yang turun ke kawasan sungai bermula petang 3.30 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati kesemua mangsa sudah dinaikkan ke tebing,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, laluan water rafting itu sepanjang enam kilometer dan mangsa dihanyutkan kira-kira empat kilometer perjalanan menyusuri sungai.

“Dua mangsa berjaya dinaikkan di tebing berhampiran Kampung Pintu Padang iaitu seorang lelaki dan seorang Wanita yang disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan.

“Mangsa ketiga pula dinaikkan berhampiran River Park turut disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Difahamkan mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *