“Jijiknya marketing macam ni” dengan tagline dan aksi lvcah prom0si bisnes donat undang kemrahan ramai

STRATEGI pemasaran adalah perkara penting dalam apa jua perniagaan.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kebanyakan usahawan gemar melakukan promosi murahan yang berunsurkan lucah bagi mendapat perhatian pelanggan.

Terbaharu, pemilik akaun X, Faiz Fayeshz menyeru warga maya untuk membuat aduan terhadap akaun TikTok seorang pengusaha donat di Pulau Pinang yang memuat naik video pemasaran yang dianggap berunsur lucah.

“Tolonglah repost beramai-ramai akaun ni. Kita tak boleh nak halang orang main TikTok tapi sekurang-kurangnya boleh halang marketing lucah bodoh macam ni,” ujarnya di di laman X.

Video yang dikongsikannya sentiasa mendapat tontonan ramai

Video yang dikongsikannya sentiasa mendapat tontonan ramai.

Pada masa sama, dia mengajukan pertanyaan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sama ada akaun seumpama itu boleh diambil tindakan atau sebaliknya.

Menerusi hantaran yang dibuat, Faiz Fayeshz turut menyertakan rakaman video berdurasi 55 saat yang dimuat naik usahawan berkenaan.

Berdasarkan klip video yang dipaparkan, seorang lelaki dilihat memegang seekor patung beruang dalam posisi menghadap badannya sambil melakukan gerakan seolah-olah sedang berhubungan intim.

Malah dia turut mengungkapkan perkataan dalam dialek utara ‘berayaq, berayaq, jet lagi, jet lagi’ sebelum ketawa besar dan disergah seorang lelaki juga dipercayai seorang peniaga.

Difahamkan, video tersebut dibuat bagi mempromosikan sebuah pesta makanan di Alor Setar, Kedah yang berlangsung pada minggu ini.

Menjengah ke akaun TikTok usahawan tersebut, perkataan ‘berayaq’ yang digunakan dipercayai menjadi tagline dalam perniagaannya.

Malah video yang dimuat naik empat hari lalu itu telah ditonton lebih 611,000 kali.

Masalah betul mereka ni, tak boleh ke marketing baik-baik. Sempoi pun ada limit, budak kecil tengok bukan tahu apa-apa.

WARGA MAYA

Susulan hantaran yang dibuat Faiz Fayeshz, MCMC telah memberikan respons.

Di ruangan komen, akaun rasmi suruhanjaya tersebut menyatakan pihaknya mengambil maklum tentang akaun dan video berkenaan, justeru akan melaksanakan siasatan secara terperinci.

“Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut. Dalam masa sama, tuan boleh salurkan aduan rasmi melalui aduan.mcmc.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan.

“Terima kasih atas keprihatinan tuan,” ujarnya.

Warga maya turut meluahkan rasa marah berhubung video berkenaan.

Warga maya turut meluahkan rasa marah berhubung video berkenaan.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya turut meluahkan reaksi kurang senang dan berharap tindakan segera diambil bagi mengekang video pemasaran yang berunsur lucah di media sosial.

“Jijiknya marketing macam ni.

“Masalah betul mereka ni, tak boleh ke marketing baik-baik. Sempoi pun ada limit, budak kecil tengok bukan tahu apa-apa.

“Macam ramai betul penyokongnya.

“Kenapa la muka buruk, perangai pun buruk, tak malu ke? KA (Khairul Aming) tak ada pun nak buat marketing lucah dan bangang macam tu,” demikian reaksi warga maya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *