Pembantu peribadi, Dewi pertahan diri lagi selepas dituduh menjadi pemusnah rumah tangga disamping mendakwa pempengaruh Cik Epal yang telah menghancurkan rumah tangganya.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi telah memuat naik foto memaparkan perbualannya dengan seorang individu.
Dewi pertahan diri lagi selepas dituduh pemusnah rumah tangga
Individu tersebut mendakwa Dewi yang juga merupakan usahawan itu tidak mempercayai penjelasan wanita itu pada podcastnya bersama Astro Gempak.
Menurut individu tersebut, Dewi merupakan pemusnah rumah tangga dan berharap anak perempuannya menerima balasan yang sama.
“Dah dengarr cerita dan penjelasan pun lagi jelas awak adalah pemusnah rumahtangga. Tak cakap ya atau tidak, semoga satu hari nanti awak terima balasan yang sama, tak pun lagi teruk.
“Semoga anak perempuan awak pun kena benda yang sama, biar Allah yang balas perbuatan awak setimpalnya,” kata individu tersebut.
Dituduh perosak rumah tangga, Dewi pertahan diri lagi
Susulan menerima mesej tersebut, Dewi telah membalas individu berkenaan dan berkata dia tidak menceritakan hal yang penuh kerana tidak mahu menjaja isu rumah tangganya.
“Saya tak dapat nak cerita hal yang sepenuhnya sebab ia melibatkan rumah tangga saya. Saya tak suka ceritakan hal rumah tangga saya kepada orang ramai,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dewi juga mendakwa Cik Epal yang telah menghancurkan rumah tangganya terlebih dahulu kerana menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Dakwa Cik Epal hancurkan rumah tangganya, Dewi pertahan diri lagi
“Saya tak nak berjumpa dengan Cik Epal pada awalnya sebab dia hancurkan masjid saya dahulu, kerana fitnah-fitnah Cik Epal.
“Sebab tu, masa dia berjumpa denga saya, dia menangis. Cik Epal sendiri cakap, disebabkan dia sudah hancurkan rumah tangga saya dahulu, rumah tangga dia sendiri hancur.
“Sebab tu Cik Epal tawarkan saya untuk jadi isteri kedua untuk tebus kesilapan dia. Whatsapp semua ada butki daripada Cik Epal,” luahnya.
Dewi pertahan diri lagi daripada netizen
Dalam perkongsian lain di InstaStorynya, Dewi berkata dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lagi tentang perkara tersebut dan mahu meneruskan kehidupannya.
“Saya nak tutup kisah ini, saya nak terus ke hadapan” tulisnya.
Sebelum ini, Dewi telah menghadiri sebuah podcast bersama Astro Gempak bagi mempertahankan dirinya disamping membersihkan namanya selepas menerima kecaman dan tohmahan daripada warga maya.
Tidak cukup dengan itu, Dewi turut mendakwa Cik Epal telah menawarkan agar dia menjadi isteri kedua kepada Jofliam bagi menebus kesilapannya.
Bagaimanapun, Dewi tidak menolak mahupun menerima tawaran tersebut namun berkata Cik Epal boleh menawarkan perkara itu semula dalam masa tiga atau empat tahun lagi.
Susulan jawapannya itu, netizen meluahkan rasa kurang senang kerana Dewi sepatutnya memberikan jawapan tidak mahu menerima tawaran tersebut sekiranya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Jofliam.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.