Sekali lagi menarik perhatian ramai, pempengaruh media sosial Cik Epal mahu sedekah bekas suami disamping turut seakan-akan menyindir seseorang yang dipercayai pembantu peribadi bekas suaminya iaitu Dewi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal telah memuat naik foto memaparkan dirinya sedang memakai pakaian berwarna hijau beserta sleeveless jacket puff berwarna putih.
Cik Epal mahu sedekah bekas suami kepada yang memerlukan
Pada ruangan kapsyen pula, Cik Epal berkata dia tidak kisah sekiranya ada yang mahu mengambil bekas suaminya kerana dia tidak memerlukan Jofliam dalam hidupnya.
Pada masa yang sama, Cik Epal juga menulis satu ayat yang dikeluarkan oleh Dewi iaitu ‘Saya tak kata ya, saya tak kata tidak’ ketika pembantu peribadi bekas suaminya itu menghadiri sebuah podcast bersama Astro Gempak.
Sindir Dewi? Cik Epal mahu sedekah bekas suami
“Ambil je la duda aku tu, aku sedekah kepada sesiapa yang memerlukan,” katanya.
Bagaimanapun, Cik Epal tidak memberikan penjelasan lebih berkenaan hantarannya itu dan ramai yang beranggapan bahawa hantaran tersebut ditujukan kepada Dewi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan sokongan penuh kepada Cik Epal dan berkata Dewi seakan-akan tidak memberikan jawapan penuh berkenaan isu tersebut.
Kenapa dia liat sangat nak cerita pasal Milan?
Kesian, dia ingat orang offer betul2
Kalau takde hati, cakap je la tak
Cik Epal mahu sedekah
Kalau betul profesional, cakaplah TAK
Sedekah je la Cik Epal bekas suami
Lain macam sedekah jariah CE
Sebelum ini, Dewi telah menghadiri podcast bersama Astro Gempak bagi menjelaskan perkara sebenar disamping mahu membersihkan namanya selepas menerima kecaman dan tohmahan ramai.
Menurut Dewi, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kejatuhan rumah tangga Jofliam dan Cik Epal dan dia juga merupakan mangsa keadaan.
Pada masa yang sama, Dewi juga mendakwa Cik Epal sebenarnya telah menawarkan kepadanya untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam kerana hanya Dewi yang menyokong bekas suaminya ketika dia sedang dikecam.
Bagaimanapun, Dewi berkata dia tidak menolak mahupun mengiyakan tawaran Cik Epal disamping menegaskan dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Jofliam.
“Saya tak kata ya, saya tak kata tidak,” ujar Dewi pada podcast tersebut.
Dalam pada itu, Dewi juga mendakwa Cik Epal memberikan tawaran tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai ‘hadiah’ kepada Jofliam bagi menebus kesalahannya.
Sekadar info, pasangan pempengaruh Cik Epal dan Jofliam telah sah bercerai selepas mendirikan rumah tangga selama sedekad.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.