Nama pelakon dan usahawan, Neelofa tiba-tiba terpalit dengan kecaman segelintir netizen yang menyifatkannya sengaja mengambil kesempatan terhadap kegagalan rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.
Situasi ini berlaku apabila satu podcast memuatkan temubual perkongsian Neelofa berkenaan nafkah rumah tangga sedangkan podcast itu dirakam Julai lalu. Turut serta berkongsi pandangan ialah Nora Danish dan Natasha Ozeir.
Neelofa, 35, dalam temubual itu mendedahkan tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya semua itu diuruskan suaminya, Haris Ismail.
Menurutnya, Haris tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri kerana percaya nafkah adalah tanggungjawab seorang suami.
“Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak berkahwin dengan Haris. Itu suami yang kena sediakan.
“Kadang-kadang saya beli susu anak atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil.
“Kalau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian dia, jadi dia yang kena bayar,” katanya.
Menerusi podcast itu juga, Neelofa menjelaskan jika suami tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan, isteri boleh membantu dengan persetujuan bersama.
Neelofa percaya perlunya toleransi kerana suami adalah ketua keluarga yang akan memimpin isteri dan anak-anak.
“Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.
Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia.
“Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk kepada suami,” katanya.
Perkongsian ini turut dipetik oleh beberapa portal dan akhbar sekali gus menimbulkan perasaan kurang senang terhadap sesetengah pihak.
Tidak terkecuali seorang usahawan meluahkan perasaan kecewa dengan kenyataan Neelofa yang dilihat seolah-olah menyindir Fazura.
Akibatnya, pengikut usahawan ini mula mengecam Neelofa tanpa meneliti fakta sebenar rakaman podcast ini dibuat.
Menerusi akhbar ini pelakon, Nora Danish menjelaskan podcast membabitkan mereka dirakamkan pada Julai lalu dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan baharu sekarang ditayangkan.
Dia mengakui ada sebab kenapa pihak produksi baru tayangkan podcast itu contohnya kesibukan dan sebagainya.
Sumber : hm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.