“Semua tahu kau nak sangat kawin, buka saja mask, Kita tahu kau gembira kena tangkp..” Sarah dedh sesuatu lagi

Bekas kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine meminta aktres Ruhainies untuk berkahwin dengan lelaki itu.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh wanita kelahiran Singapura itu dalam akaun rasmi Instagram sebuah portal hiburan, dia bertindak menyindir Ruhainies yang memakai pelitup muka ketika hadir ke mahkamah.

Sarah Yasmine

Sarah Yasmine

“Pakai ‘mask’ sebab tak nak dikecam. Kena tangkap kes khalwat tak malu. Banyak senyum saja.
“Dia (Ruhainies) suka sangat sindir aku. Yelah, kita tahu kau nak sangat ‘ex’ (bekas kekasih) aku tu, kahwin sajalah.
“Semua tahu kau nak sangat kahwin. Buka saja ‘mask’ kau. Kita tahu kau gembira kena tangkap,” tulisnya.

Sarah Yasmine

Hari ini, Aliff dan Ruhainies hadir Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding sebutan semula pertuduhan kes khalwat sambil dikawal ketat tiga orang pengawal peribadi.

Bagaimanapun, kes khalwat dua selebriti tersebut ditangguh dan perbicaraan disambung semula pada 20 dan 27 Februari 2025.

Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan hangat ramai apabila dia mendedahkan tangkap layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies yang didakwa berkomplot untuk menjatuhkan aktres Bella Astillah.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Mereka berdua dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang pada 20 Jun lalu.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *