Pempengaruh serta usahawan dikenali ramai iaitu Jofliam mengakui bahawa runtuhnya masjid yang dibina dengan isteri, Cik Epal punca daripada saudara kandung sendiri.
Dedah Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar, kakaknya merupakan punca rumah tanggannya hancur dan seorang yang ‘batu api’.
Keluarga saya dah hancur. Masjid saya dah hancur, bayangkan manusia atau tidak kalau seorang kakak menghancurkan sendiri rumah tangga adik dia sendiri.
Lihat siaran ini di Instagram
Dalam pada itu, usahawan turut berkata bahawa abang-abangnya juga terlalu cepat menghukum serta memaki tanpa mendengar penjelasan daripada pihaknya.
Tambahan Jofliam lagi kepada pihak Gempak, dia mendedahkan perkara tersebut kerana telah menerima ancaman dari pihak keluarganya.
Bila saya balik Malaysia saya takut jadi apa-apa kepada saya, disebabkan itu saya tampil untuk membuat pendedahan.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kemelut rumah tangga Jofliam dan Cik Epal, di mana pelbagai spekulasi timbul, antaranya dakwaan kehadiran orang ketiga.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.