Pelakon sensasi, Fattah Amin difahamkan ‘membawa diri’ apabila mula menjual ‘kambing perap’ di Instagram.
Difahamkan, Fattah tampil dalam satu video ‘marketing’ satu syarikat makanan perap terkenal.
Dalam video itu, Fattah membawa watak sebagai pemilik syarikat terbabit yang sebelum ini tidak diketahui oleh sesiapapun.
Lihat siaran ini di Instagram
“Tindakan saya mungkin mengejutkan buat rakyat Malaysia” kongsi Fattah di ruangan kapsyen video tersebut.
Dia dalam pada itu turut memberi kata-kata semangat buat peminat dan netizen yang menonton video tersebut.
Kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Lagipun pangkat dan kemasyuran ini semua tidak akan kekal lama. Satu hari nanti kita kena kembali kepada-Nya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terutamanya peminat tampil mendoakan yang terbaik buat aktor filem Mat Kilau itu.
Terdahulu, pelakon dan usahawan Nur Fazura telah memfailkan permohonan cerai buat suaminya, Fattah Amin pada 13 September lalu.
Mereka berdua bernikah pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.