“Kekal nekad… Demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz” – Fazura

NEKAD meneruskan penceraian dengan suaminya iaitu Fattah Amin, pelakon Nur Fazura memberitahu keputusan itu bukanlah satu perkara mudah buat dirinya.

Kata Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum memutuskan untuk memfailkan cerai pada 13 September lalu.

“Keputusan yang telah saya buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan saya.

fazura 2

Fazura menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

“Pada hari ini, saya kekal nekad untuk meneruskan keputusan saya sebelum ini demi maruah saya sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Rabu.

Luahan tersebut dibuat selepas prosiding sebutan permohonan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Penceraian itu bagaimanapun tidak berlaku dan sebutan akan berlangsung pada 7 Oktober depan.

Dalam pada itu, Fazura turut meluahkan penghargaan dan rasa syukur atas sokongan serta doa orang ramai buat dirinya.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada saya sejak lebih seminggu yang lalu,” jelasnya.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *