“Dah lebih sebulan berpisah?” Aisyah Hijanah fail cerai terhadap, rupanya ini yang Alif Teega buat

TIADA angin tiada rebut, personaliti media sosial Aisyah Hijanah memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga seorang pempengaruh Alif Teega.

Bagaimanapun Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, memohon agar orang ramai mendoakan urusan rumah tangganya dipermudahkan kerana ujian dialaminya ketika ini sangat berat.

“Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya Ketika dihubungi mStar.

size NP 1 - 2024-09-01T131122.392

Aisyah enggan berkongsi faktor dia memfailkan cerai terhadap Alif.

Aisyah memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Kuala Lumpur.

Ditanya tentang keputusan mahu bercerai, Aisyah enggan berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Malah ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata, tiada siapa mempengaruhi keputusan itu sebaliknya segala yang berlaku adalah pilihannya sendiri.

“Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang.

“Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” jelasnya.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Kemudian pada 18 November tahun lalu, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *