“Peguam tak tahu dkwaan lafaz luar mahkamah..” Syamsul Yusof terpaksa terima hakikat

PEGUAM syarie mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais tidak mengetahui mengenai dakwaan anak guamnya itu sudah melafazkan cerai terhadap Ira Kazar di luar mahkamah.

Malah Azmi berkata Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, tidak pernah membuka mulut memaklumkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai lafaz di luar mahkamah. Saya juga tidak menerima saman atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini.

“Syamsul hanya memfailkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS),” katanya.

Copy of Untitled (63)

Azmi ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Azmi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.

Syamsul dan Ira bagaimanapun tidak hadir pada sebutan yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu Syamsul akur kes cerai tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Saya ada berhubung dengannya dan dia terima hakikat kes ini ditangguhkan memandangkan Ira baru lantik peguam.

“Kita akan tunggu tarikh sebutan seterusnya pada 25 September depan,” ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan Syamsul, Azmi berkata anak guamnya itu berada dalam keadaan baik.

“Dia dalam keadaan baik. Dia sedia nak lafazkan cerai tapi disebabkan Ira tidak datang, saya kata kepadanya dia pun tidak perlu hadir.

“Alasan cerai yang disebut adalah tiada persefahaman. Dalam prosiding akan datang kita akan sebut alasan-alasan di mahkamah,” jelasnya.

Pada 19 Ogos lalu, Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Copy of Untitled (61)

Syamsul bersedia untuk menceraikan Ira.

Sebutan yang sepatutnya berlansung pada Selasa terpaksa ditunda kepada 25 September depan memandangkan Ira baru sahaja melantik peguam.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *