Pemain bola sepak terkenal kantoi bawa perempuan balik rumah, istri usir keluar selepas tengok rakaman

SEORANG pemain bola sepak ditinggalkan isterinya selepas didapati menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) menerima padah apabila dia membawa seorang perempuan simpanan masuk ke kediamannya.

Susulan itu, pemain bola sepak antarabangsa yang dikenali ramai itu diusir keluar dari rumah keluarganya.

Perbuatannya terbongkar selepas si isteri menerima gambar berserta mesej: “Saya tidur dengan suami awak.”

Isteri yang marah ketika sedang bercuti kemudian memeriksa rakaman pada loceng pintu rumah mereka.

Menurut MailOnline, isteri bintang bola sepak itu menemukan rakaman suaminya pulang ke rumah bersama teman wanita itu.

Bintang itu, yang keluar untuk negaranya pada Euro 2024, dilaporkan memberi jaminan kepada isterinya bahawa gambar tersebut adalah palsu.

Dia pada mulanya mempercayainya, tetapi kemudian tidak ragu-ragu mengenai kecurangan suaminya selepas melihat rakaman menunjukkan teman wanita itu memasuki rumah mereka.

Sumber : MailOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *