“Kami memang dah tahu pun..” tindakan Umisya selepas tahu ank Marissa mniggal jadi perhatian..

PELAKON Abby Abadi tidak tahu menahu mengenai berita mengenai anak perempuannya iaitu Marissa Dania dilaporkan sudah bersalin bayi pra matang ketika kandungannya berusia enam bulan.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, ketika ini dia juga masih belum mendapat sebarang berita sahih daripada Marissa berhubung perkara tersebut.

“Tak tahu (berita Marissa keguguran). Serba tak tahu buat masa sekarang.

“Saya tak tahu nak nasihat apa,” katanya ketika dihubungi mStar pada petang Sabtu.

Pada pagi Sabtu, menerusi laporan Harian Metro, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital disebabkan berasa sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.

Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan.

Apa lebih menyedihkan bayi pra matang yang dilahirkan Marissa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen daripada bapa Marissa iaitu aktor Norman Hakim pula mengenai berita tersebut tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak dibalas.

Sejak bulan lalu, cakap-cakap mengenai kehamilan Marissa hebat diperkatakan apabila netizen mendakwa ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya.

Nama Marissa dan Aslam menjadi bualan selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember tahun lalu.

Tindakan Marissa berkahwin turut mendapat kritikan memandangkan Aslam sudah pun mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan.

Abby pada 16 Mac lalu turut mengesahkan berita pernikahan anaknya itu di Thailand.

INI TINDAKAN UMISYA SELEPAS TAHU MARISSA KEGUGURAN:

PEMPENGARUH media sosial yang juga anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan.

Apa lebih menyedihkan bayi pra matang yang dilahirkan Marissa, 19, tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Menerusi laporan Harian Metro, Marissa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.

“Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang,” kata sumber.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Abby dan Norman mengenai berita tersebut tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak dibalas.

Sejak bulan lalu, cakap-cakap mengenai kehamilan Marissa hebat diperkatakan apabila netizen mendakwa ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya.

Nama Marissa dan Aslam menjadi bualan selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember tahun lalu.

Sumber : f-uh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *