“Ingatlah.. tak kira apapn.. jangan..” selepas Syamsul mahu ceraikan anknya. Ini pesanan sedih dari Kazar Saisi..

Pelakon ‘otai”, Kazar Saisi, 68, berkongsi nasihat kepada orang ramai agar bersikap terbuka dan tenang hati menerima setiap dugaan yang berlaku di dalam kehidupan.

Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi berkata, Allah SWT sudah menjadikan kita insan terpilih dan Dia tidak akan menguji sekiranya kita tidak berdaya mengharungi sesuatu dugaan itu.

“Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu, tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita. “Jangan bersedih atau merungut,” katanya dalam hantaran terkini yang dimuatnaik di Instagram Story.

Pada masa sama, Kazar juga percaya bahawa setiap dugaan yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri kepada mereka yang diuji.

“Allah tahu apa yang terbaik dan dia juga akan berikan kita yang terbaik walaupun mengambil masa lama. “Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah,”

katanya di dalam perkongsian itu. Baru-baru ini, nama Kazar menjadi perhatian ramai selepas media melaporkan mengenai kisah fail ceral membabitkan anaknya, Ira Kazar dan menantu juga pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof, 40.

Syamsul dan Ira yang baharu lebih setahun mendirikan rumah tangga difahamkan bakal bercerai atas alasan tiada persefahaman, sebagaimana disahkan oleh peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Rais.

Terdahulu, Syamsul dilaporkan sudah memfailkan penceraian pada terhadap Ira pada Isnin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor dan bakal didengar di mahkamah pada Selasa Ini.

Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand dan berita pernikahan mereka disahkan Syamsul sendiri menerusi hantaran video dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah, 39, yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu nekad memfailkan perceraian dan mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada Mac 2014, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Sumber : f-uh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *