“Saya mahu kekal muda dan berseri” Fatiya Latiff mengaku suntik botoks, filler di wajah sampai ini yang berlaku padanya

Pelakon sensasi, Fatiya Latiff mendedahkan dia ada melakukan sedikit ‘perubahan’ di wajahnya agar kekal cantik dan awet muda.

Ingin memastikan wajahnya tidak dimamah usia, aktres yang terkenal menerusi drama rantaian Ariana Rose itu mengaku ada menyuntik ‘filler’ dan botoks di beberapa bahagian muka.

Dulu muka saya cengkung, rasa tak cantik, sebab tu saya suntik agar lebih cantik. Saya tak faham kenapa ramai cakap wajah dahulu cantik, padahal saya rasa cengkung dan tak cantik.

Lagipun umur saya meningkat, saya mahu kekal nampak muda dan berseri.

Jelas Fatiya, rawatan ‘filler’ kecantikan adalah sesuatu yang normal dilakukan orang pada ketika ini.

Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal.

Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah. Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat.

Tambah Fatiya, dia ada melakukan suntikan kecantikan di bahagian pipi, bibir dan hidungnya menggunakan kaedah ‘salmon skin treatment’.

Rawatan-rawatan yang saya lakukan kebanyakannya ditaja. Ada juga yang tawarkan untuk menaja saya buat pembedahan bariatrik. Tetapi saya masih fikir lagi. Sebelum ini saya ambil ubat Ozempic untuk kurus.

Saya tahu tubuh saya agak berisi. Saya perlu kuruskan badan supaya senang dapat tawaran berlakon seperti sewaktu saya kurus dahulu.

Perkembangan terkini, Fatiya bakal muncul dalam drama terbaru iaitu Cinderella Jadian dan Jangan Tinggal Abang Dik arahan Erma Fatima.

Sumber : beaitifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *