Pengacara, Raja Azura ikhlas berhijab selepas pulang menunaikan ibadah haji pada Julai lalu.
Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku berkata, keputusannya untuk berhijab adalah atas pilihan sendiri, lebih-lebih lagi usianya sudah semakin meningkat.
“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.
“Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Raja Azura ikhlas berhijab
Menurut pengacara berusia 52 tahun, dia sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini.
Dalam pada itu, Raja Azura juga memohon orang ramai mendoakan perkara yang baik kepada mereka yang belum berhijab.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” katanya lagi.
Raja Azura juga menitipkan pesanan buat orang di luar sana supaya ikhlas berhijab kerana Allah dan bukannya mahu kelihatan cantik.
Dia juga tidak menyangka apabila berpeluang mengerjakan ibadah haji buat kali kedua, lebih-lebih lagi bersama ibu tercinta pada tahun ini.
Katanya, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Sumber : ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.