“Berdering telinga ruhainies..” Pelakon tak boleh nangis depan kamera Janna Nick bagi ayat makan dalam

Seperti yang kita sedia maklum, Janna Nick diberi tugasan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara untuk TikTok Awards yang diadakan semalam dan dia digandingkan dengan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Namun tindakannya yang memberikan kenyataan didakwa ‘sarkastik’ telah menarik perhatian netizen saat dia ingin memperkenalkan penyampai anugerah iaitu Bella Astillah bersama dengan Shaheizy Sam.

Janna Nick memberikan satu bayangan seolah-olah merujuk kepada kontroversi yang mengaitkan Bella Astillah dengan menyentuh isu ‘tangisan di hadapan kamera’.

“Tak boleh menangis depan kamera guys, tak boleh menangis depan kamera pelakon tu, sebab tu dia tak tercalon dalam creator of the year ataupun selebriti of the year, tak apa lah jom kita persilakan pelakon yang boleh menangis depan kamera Bella Astillah dan Shaheizy Sam.”

Biarpun tidak menyatakan pihak terlibat secara terang-terangan, ramai yang dilaporkan faham dengan maksud Janna Nick kerana ianya intro yang ditujukan khas buat Bella Astillah. Malah, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dapat hidu dengan sindiran daripada Janna Nick itu.

Screenshot 2024 08 12 114424 Screenshot 2024 08 12 114355 Screenshot 2024 08 12 114320 Screenshot 2024 08 12 114259 Screenshot 2024 08 12 114243 Screenshot 2024 08 12 114217

Hurm, min tengok si Shaheizy Sam pun macam tumpang sekaki je join, Bella pun melayan.

Sumber : lobak merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *