Di saat atlet lain bersuka ria ketika memenangi pingat, atlet Filipina, Carlos Yulo pula terpalit dengan kontroversi yang melibatkan ibu kandungnya, Angelica Yulo.
Selepas tular kontroversi ibu kandung membolot duit kemenangannya, Anngelica tampil dengan permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi laporan Filipino Times, ibu atlet ini ditemani oleh penguamnya telah membuat satu sidang media khas untuk klarifikasi isu ini.
Difahamkan dia juga menyatakan sedia berdamai semula dengan Carlos demi melengkapkan semula keluarganya.
Anakku, ibu minta maaf. Saya tahu mungkin orang akan fikir saya bersuara sekarang kerana kejayaan kamu. Saya mohon maaf pada kamu selaku ibu prihatin. Awak sudah cukup matang untuk buat keputusan sendiri.
Pintu kami setiasa terbuka tak kira apa jua status kewangan kamu. Saya tak boleh tarik semula apa yang saya pernah kata.
Tambahnya, dia dan suami sudah capai satu kata sepakat, menunggu Carlos bersedia untuk pulang dan bincangkan hal ini.
Angelica juga mahu menyelesaikan masalah ini secara tertutup dan mengatakan dia telah menerima pasangan Carlos iaitu Chloe.
Muat naik gambar dengan atlet Jepun
Selain daripada kantoi membolot duit anak, Angelica juga berdepan dengan dakwaan dari netizen yang mengatakan dia seakan-akan tidak menyokong anaknya.
Pada 1 Ogos, dia turut dikecam teruk kerana memuat naik gambar bersama atlet Jepun namun tidak berkongsi gambar anaknya walaupun telah memenangi dua pingat emas.
Lagi teruk, dia berkata tidak tahu tindakannya itu akan mengguris hati Carlos.
Terdahulu, Angelica dikatakan mengguna duit dalam bank akaun Carlo sesuka hati selain daripada tidak merestui hubungan percintaan dan menuduh teman wanita Carlos, Chloe San Jose sebagai mata duitan.
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.