VOKALIS kumpulan Azzahra Band iaitu Ejai Aziz mendedahkan dia baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru.
Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz, 37, berkata, dia ditahan disebabkan mengalami masalah kemurungan melampau dengan kecenderungan mencederakan diri sendiri.
“Saya baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas ditahan selama dua hari akibat masalah kemurungan.
Ejai ditahan di wad psikiatri selama dua hari.
“Saya sudah derita kemurungan sejak Februari lalu dan selepas bertemu pakar psikiatri, doktor memberitahu masalah mental yang saya hadapi ada kecenderungan untuk saya mencederakan diri.
“Saya diletakkan di wad orang gila. Saya terkejut sebab saya bukan gila, saya cuma minta nasihat doktor sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Ditanya mengenai punca dia mengalami kemurungan melampau, Ejai bagaimanapun menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.
Kata Ejai, dia tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan.
“Saya sekarang suka menyendiri tapi bukan sebab masalah kewangan cuma agak sukar untuk saya kongsikan sebab terlalu peribadi.
“Sudah lima bulan saya tidur dalam kereta dengan tingkap tertutup, apa yang saya fikir cuma mati,” jelasnya.
Sementara itu, Ejai berkata, selepas dibenarkan pulang dia tetap meneruskan berjumpa pakar psikiatri bagi merawat masalah kemurungan dihadapi.
Doktor mengesahkan Ejai menghidapi masalah kemurungan.
Ejai berkata, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada rawatan moden selepas cubaan berubat secara tradisional gagal.
“Saya pernah cuba rawatan tradisional, sekarang saya usaha cara moden pula untuk kembali sembuh,” katanya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.