Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli sering nangis setiap malam dan berani membuat kenyataan ‘berani’ apabila mengakui dirinya ingin berkahwin dengan penyampai radio, Tyzo.
Pendedahan itu dibuat oleh Lydia yang juga usahawan mengenai perasaannya yang kian menebal terhadap penyampai radio sensasi itu.
“Tahun lepas, saya memang nak kahwin dengan Tyzo. Saya mula rasa penat dengan situasi ini. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.
“Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki sebegitu. Sekarang ini saya cuma serahkan pada takdir,” katanya.
Lydia Rosli sering nangis setiap malam
Menurut Lydia atau nama lengkapnya Nor Lydia Rosli, cintanya sebelum ini hanya untuk Tyzo, namun penyampai radio Ikim FM itu seperti belum bersedia membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.
“Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.
“Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit,. Tetapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia.
“Tetapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya perempuan. Saya kena tunggu lamaran daripada dia,” katanya lagi.
Kongsinya lagi, mereka berdua masih berkawan baik meskipun pernah terputus hubungan selama enam bulan.
Lydia yang juga kakak kepada usahawan sensasi Kak KM berkata, Tyzo ada menghubunginya kembali sambil menangis pada Jun lalu dan memberitahu masih ingin berkawan dengannya.
“Saya beritahu dia bahawa saya tidak pandai untuk berkawan. Saya hanya tahu jadi kekasih. Tetapi dia meyakinkan sahaja bahawa kami boleh menjadi kawan.
“Selama ini saya tidak pernah ada kawan lelaki. Kalau ada pun kekasih. Tetapi sudah 10 tahun saya tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. Hati saya memang sudah tertutup sehinggalah saya bertemu dengan Tyzo,” kongsinya.
Mengulas lanjut, hubungan Lydia dan Tyzo turut mendapat restu daripada Normah Damanhuri yang mahu menjadikan lelaki itu sebagai menantu.
“Mak suka dengan Tyzo. Raya tahun lepas mak pernah berbual menerusi panggilan video dengan Tyzo dan tanya dia bila nak masuk meminang.
“Hubungan saya dengan anak Tyzo juga rapat. Malah ketika hubungan kami terputus selama enam bulan, saya masih berhubung dengan anaknya.
“Saya sudah anggap anak dia macam anak saya sendiri. Anak dia juga panggil saya dengan panggilan Mummy,”ujar Lydia.
Tyzo hormat perasaan Lydia, perlukan masa untuk fikir
Sementara itu, Tyzo Xander, 48, tidak menafikan dirinya terkejut dengan pengakuan usahawan itu yang mempunyai perasaan cinta terhadapnya.
Pemilik nama Tuah Zolqarnain Idris berkata, dia masih memerlukan masa untuk berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.
“Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.
“Lagi pula, kami berkawan baik sudah lama kerana dia (Lydia) juga banyak membantu dan mengajar saya selok-belok perniagaan. Malah, keluarga serta semua adik-beradik saya pun sudah kenal rapat dengannya.
“Begitu juga, anak saya (Noah Zachri) rapat dengan Lydia sebab kami memang baik sampai sekarang pun. Cuma, mohon didoakan yang baik-baik sajalah untuk kami (jodoh),” katanya.
Tyzo juga akui dia tidak mempunyai masalah dengan status Lydia sebagai ibu tunggal kepada empat anak,cuma dirinya mahu memberi fokus kepada karier penyampai radio di stesen baharu disertainya, IKIMfm.
Difahamkan Lydia dan Tyzo pernah terkait gosip cinta sebelum ini apabila kerap dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi gambarnya dan Tyzo di akaun media sosial.
Sumber : ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.