“Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar…” penyondol pula bangga tayang momen dating sana sini buat panas

TATKALA sakit bersalin melalui pembedahan atau caesarean belum hilang, seorang wanita tidak menyangka akan berdepan dengan kesakitan lain pula.

Malang bagi seorang wanita ini apabila dia mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain ketika sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung.

Lebih menyakitkan apabila mengetahui wanita itu merupakan bekas kekasih suaminya ketika di zaman sekolah.

Wanita yang sedang berpantang memerika telefon suaminya. -Gambar hiasan

“Suami curang dengan ex sekolah dulu. Entah macam mana boleh contact balik. Sudahlah aku tengah berpantang anak sulung.

“Aku dah contact perempuan tu, katanya sayang suami aku. Cinta lama berputik kononnya, suami aku pula kata tak ada apa dah,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Bagaimanapun perasaan curiga semakin kuat apabila menyedari suaminya melakukan perubahan di dalam telefon pintar miliknya.

“Kata tak ada apa dah tapi tiba-tiba ada locked chat WhatsApp. Dah sebulan benda ni jadi.

“Mental dan fizikal aku memang tak okay sebab beranak caesar. Aku dah beri amaran pada penyondol tu dah, kemudian suami aku minta maaf.

“Tapi benda ni tak habis-habis. Aku macam nak gila dah waktu pantang ni. Sikit lagi nak meroyan,” ujarnya yang cuba menahan kesabaran.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Bukan sekadar memeriksa telefon bimbit suaminya, wanita itu turut melakukan ‘siasatan’ terhadap semua laman sosial milik si penyondol.

“Instagram, Facebook dan TikTok perempuan ni, semua aku stalk. Dengan bangganya dia post keluar sana sini dengan suami aku.

“Tapi aku minta dia padam post tu, dia dah padam. Ya, suami aku pun memang tak guna. Aku dah beritahu suami aku pokai apa semua, tapi katanya boleh tanggung,” jelasnya.

Aku macam nak gila dah waktu pantang ni… sikit lagi nak meroyan

PENGADU

Walaupun sudah bersemuka dan memberi amaran, nampaknya bekas kekasih suaminya masih cuba untuk mengganggu hubungan rumah tangganya.

“Aku dah warning dia supaya berhenti contact, tapi dia degil masih lagi dok kacau suami orang. Banyak kali aku sebut nak cerai.

“Suami aku beritahu yang dia sayang aku dengan baby (anak).Tahu pun sayang,” katanya lagi.

Pihak ketiga merupakan antara punca keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap ibu muda itu, dan pada masa sama mengecam perbuatan suami dan bekas kekasihnya di sekolah.

“Kalau suami sayang, dia tak curang. Dia nak awak ada sebab awak mudahkan urusan harian dia macam basuh baju, tolong masak, tolong sediakan tempat tidur.

“Biar je suami kau kahwin dengan perempuan tu. Dah dia nak sangat tanggung biawak hidup. Kau jaga anak kau je. Perah duit suami kau habis-habis.

“Selalu macam tu, penyondol ‘dilondehkan’. Tapi suami disimpan rapi, padahal suami pun sama-sama salah pergi curang,” demikian antara komen netizen.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *