“Buat projek sambil ank saya di tengah!” Dr Say tangkap maid bawa masuk 2 lelaki dalam bilik

PANIK! Begitulah detik cemas yang dialami pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril apabila rumahnya dimasuki dua tetamu tidak diundang pada waktu malam.

Lebih mengejutkan apabila dua lelaki tidak dikenali itu dibawa masuk sendiri oleh pembantu rumahnya yang ketika itu sedang menjaga salah anak ketiganya di tingkat bawah kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kehadiran mereka ke dalam kediamannya itu pada Isnin malam dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang tamu, yang dikongsikannya menerusi Insta Story di akaun Instagramnya, pada awal pagi Selasa.

Tangkap layar video CCTV di ruang tamu di kediaman Dr Say.

Berkongsi detik cemas itu kepada mStar, Dr Say berkata dia terdetik hati untuk memeriksa rakaman CCTV selepas dimaklumkan jiran mengenai dua lelaki memasuki rumahnya, namun pada mulanya menganggap perkara itu mustahil kerana dia dan isteri berada di rumah.

Menurut Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, ketika itu dua anak lelakinya berusia lima dan tiga tahun di tingkat atas, manakala anak lelaki ketiga yang berumur tujuh bulan bersama dua pembantu rumah di tingkat bawah.

“Saya tanya maid (pembantu rumah), ada ke lelaki masuk ke rumah dan mereka jawab tak ada. Saya pressure mereka, dan mereka cakap ‘dah pergi‘. Jadi saya ingat mungkin lelaki itu buat penghantaran dan dah pergi.

“Tapi isteri saya yang masa tu nak masuk kerja pukul 10 malam cakap, kalau maid beritahu yang lelaki tu dah pergi maksudnya lelaki tu masih ada. Saya terduduk… macam mana dia boleh fikir sampai macam tu.

“Tapi alang-alang just to be safe, saya periksa semula CCTV dan terjumpa awal-awal tu siap maid letak botol (untuk tutup pandangan CCTV) dulu. Lepas tu baru dia pusingkan CCTV ke arah TV dan nampak kelibat dua lelaki masuk (dari refleksi TV),” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Dr Say, dua pembantu rumahnya berusia 37 dan 39 tahun masing-masing warga Indonesia dan Filipina, dan difahamkan kedua-dua lelaki warga Bangladesh itu dikenali mereka ketika keluar pada hari cuti di Kuala Lumpur.

Dia dimaklumkan ia bukan kes pecah rumah kerana kedua-dua pembantu rumahnya yang membawa mereka masuk ke kediamannya secara sukarela.

Bagaimanapun, Dr Say tetap bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kejadian itu dan kedua-dua lelaki warga Bangladesh berkenaan ditahan polis untuk siasatan.

Apa yang berlaku memberi pengajaran kepadanya untuk sentiasa lebih berhati-hati apabila mengambil khidmat pembantu rumah.

“Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper. Saya baik sangat, kadang-kadang bagi helper duit poket, seminggu sekali bagi mereka off (hari cuti) pergilah mana mereka nak.

“Saya siap bagi mereka telefon setiap masa, tak pernah maki hamun tapi ini balasan saya dapat? Saya pun terkedu,” katanya kesal sambil memberitahu kedua-dua mereka sudah diambil semula oleh agensi pembantu rumah yang menguruskan mereka.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *