“Ada ank perempuan umur 8 bulan..” Isteri Cantik macamni pon nk mkn luar lagi? netzen terkjut bila tahu Identiti istri Aliff

Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.

Bagaimanapun, peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin berkata, keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

“Bagi keluarga memang bagi sokongan. Namun buat masa sekarang, isteri (tertuduh) masih belum boleh keluar dan belum bersedia.

“Hari ini yang hadir cuma bapa dan adik-beradik kepada tertuduh.
“Proses hari ini masih di peringkat pertuduhan, jadi sebarang dokumen kami belum terima dan tarikh sebutan semula kes pada 30 Ogos ini,”

katanya ketika ditemubual pemberita sejurus selesai pertuduhan Muhammad Alif di mahkamah, pada Jumaat.

Sebelum itu, Muhammad Alif yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, pada 10 Julai lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan, Muhammad Alif, 26, hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut pertuduhan, suspek didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Suspek yang telah berkahwin itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, antara jam 9 pagi pada 10 Julai hingga 6 petang, 15 Julai lalu.

Berikutan itu, suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau dipenjara minimum 30 tahun atau minimum 12 sebatan.

Pendakwa Raya kemudian memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes seterusnya bagi menyerahkan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan Telco.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pada 15 Julai, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga kenalan kepada mangsa.
Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga 22 Julai sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek yang berasal dari Melaka juga sudah mendirikan rumah tangga.Dalam siasatan terhadap pembunuhan itu, pasukan penyiasat polis melakukan pelbagai operasi mencari dan mengesan bahan bukti di beberapa lokasi sekitar daerah Hulu Selangor dan Muallim dan Slim River di Perak.

Pencarian yang dijalankan oleh pasukan forensik termasuk unit skuba itu membawa kepada penemuan telefon bimbit dalam parit serta kunci kereta dan dompet dalam Sungai Trolak.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, siasatan kes itu telah selesai, dan perselisihan perhubungan dipercayai adalah punca gadis berumur 25 tahun itu dibunuh.

Sumber : v16net

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *