“Lps 3 hari hilang.. 3 penculik sdh ditahan.. “Tapi polis Sahkan ini pula berlaku kpd Albertine..

Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata ketiga-tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, jam 1.30 petang tadi.

“Tangkapan telah dibuat terhadap dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kumar berkata, kes kehilangan kanak-kanak itu juga sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Polis Johor mengesahkan bahawa kita telah mengklasifikasikan semula laporan polis yang diterima mengenai kes kehilangan itu kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan ketiga-tiga individu itu akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman.

Katanya, kanak-kanak itu juga setakat ini masih belum ditemui.

Pada masa sama, Kumar turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian Bilik Gerakan 07-2212999,” katanya.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Kumarasan berkata, kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *