Seorang pekerja kebun ubi diambil keterangan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Difahamkan kebun ubi yang dikatakan diusahakan secara sambilan oleh anggota polis berusia 26 tahun itu, terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mangsa ditemukan mati.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Video penjelasan:
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan umur individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.
“Ya. Kita dalam proses mengambil keterangan,” katanya ringkas ketika dihubungi, malam ini.
Ketika ditanya mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malim yang dipercayai menjadi lokasi ‘persinggahan’ sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Ahmad Faizal berkata perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Malam ini polis nak perincikan lokasi-lokasi tersebut. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak hari ini menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti.
Siasatan mendapati kebun ubi itu diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan.
Pada masa sama, polis juga sedang melakukan proses analisa ke atas kad sim dan kereta jenis Toyota Vios milik suspek.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai dibawa ke beberapa lokasi termasuk sebuah kebun ubi yang diusahakan suspek di Tanjung Malim, Perak sebelum dibunuh.
Kebun ubi itu terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mangsa ditemukan mati.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, polis merakamkan percakapan seorang pekerja kebun itu pada Sabtu, yang mengesahkan kehadiran suspek dan mangsa di lokasi itu pada hari kejadian.
“Pasukan polis sedang berusaha mendapatkan keterangan saksi-saksi dan bahan bukti di lokasi itu,” katanya di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal memberitahu, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malam yang dipercayai menjadi lokasi ‘persinggahan’ sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor.
“Ada rakaman CCTV yang jelas dan ada juga yang kurang memuaskan,” ujarnya.
Sementara itu, beliau memberitahu, operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu di Sungai Trolak, Kampung Batu 4 masih ditangguhkan susulan paras air yang belum kembali ke paras normal.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang
Susulan itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun, yang merupakan teman lelaki mangsa ditahan.
Media sebelum ini melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25, ditemukan ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.
Sumber : fuh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.