“The day i got married, saya ingat dia akan jadi milik saya selamanya…” luahan hati Aisyah Hijanah buat ramai sebak

Luahan hati personaliti media sosial, Aisyah Hijanah selepas suaminya, Aliff Teega mendedahkan sudah berkahwin kali kedua membuatkan netizen sebak.

Netizen menyifatkan nukilan Aisyah itu sebagai satu luahan ikhlas dan tenang seorang wanita menerima keputusan nekad dilakukan oleh suami.

Dalam coretan itu, Aisyah menyatakan bahawa suami adalah pinjaman Allah dan dirinya juga tidak menyangka dia merupakan insan terpilih untuk melalui dugaan seperti ini.

“Pernah dengar tak ‘pinjaman Allah’? Daripada kecil Aisyah banyak membesar sendiri dan berdikari. Ayah Aisyah meninggal waktu Aisyah kecil sangat dan umi memang banyak berkorban untuk besarkan Aisyah dan adik sehinggalah sekarang.

“Pada hari saya berkahwin (25/11/2017), saya berikan seluruh hati saya pada lelaki ini dan ingat dia akan menjadi milik saya selamanya.

“Allah pinjamkan lelaki ini selama 6 tahun, Allah pinjamkan lelaki yang banyak berkorban, beri kebahagiaan, mendidik dengan cara baik, diberikan syurga dunia untuk Aisyah, coretnya.

Bagaimanapun kata Aisyah, dia menerima segala ketentuan dan cuba berdamai dengan takdir yang telah ditetapkan.

“Melalui dia, Aisyah banyak belajar mengenal hidup dan Tuhan. Kesedihan kehilangan seorang bapa diganti dengan seorang lelaki yang hebat.

“Saya tidak percaya dengan konsep ‘pinjaman Allah’ kerana saya ingat Allah telah menghadiahkan dia kepada saya selamanya, milik saya.

“Allah telah memilih saya untuk berdepan dengan jalan ini. Lelaki ini bukan. hanya kepunyaan saya, sekarang dia adalah milk wanita lain juga.

“Tujuan kami maklumkan perkara ini supaya tiada timbul fitnah kepada suami saya. Semuanya hanyalah sementara.

“Ya, suami kita adalah pinjaman Allah dan Allah akan memberikan hanya yang terbaik. Biarlah Allah yang menentukan segalanya,” coretnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Dalam pada itu, Aisyah juga berharap agar suaminya dapat menjadi ketua keluarga yang adik buat kedua-dua belah pihak.

“Abang, Aisyah harap Abang boleh menjadi ketua yang baik buat kedua-dua keluarga. Allah pilih Abang untuk melalui segala yang terjadi saat ini dan akan datang.

“For now, Aisyah serahkan sebulatnya urusan ini kepada Allah. Terima kasih. umi dan arwah ayah mendidik Aisyah menjadi wanita yang kenal Tuhan dan benar-benar menerima Qadha dan Qadar,” tulisnya.

Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November lalu.

Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah..

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *