RAMAI meluahkan rasa sebak apabila melihat usahawan sensasi Liana Rosli mendapat rezeki mencium Kaabah ketika melakukan umrah di Tanah Suci Makkah.
Berkongsi video di TikTok miliknya, Liana atau mesra disapa Kak KM turut disifatkan sebagai insan bertuah kerana tidak semua orang dapat mencium Kaabah.
Apatah lagi apabila mengenangkan anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu sering dihina dan dimaki netizen di media sosial sebelum ini.
Kak KM meluahkan rasa syukur dapat mencium Kaabah.
“Sungguh bertuah Kak KM. Di saat dia dicaci, dihina tetapi Allah pilih dia jadi tetamuNya.
“Sebaknya saya, di sini saya mengerti bahawa kita tidak perlu menghukum, memandang hina pada seseorang sebab kalau memang Allah sudah berkehendak, siapalah kita untuk menafikannya.
“Menangis saya tengok Kak KM cium Kaabah, syukur Alhamdulillah,” komen netizen.
Menerusi video berkenaan, Liana dilihat bersungguh-sungguh mencium Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam.
Usahawan itu juga dilihat dan meluahkan rasa syukur diberikan rezeki dapat mencium Kaabah.
Liana turut mengucapkan terima kasih kepada pendakwah bebas iaitu Ustazah Asni yang memudahkan urusannya sepanjang berada di Makkah.
“Terima kasih Ustazah Asni. Masya-Allah Allhamdulillah,” katanya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.