“Nak jadi istri solehah, suami anggap diri murahan, haiwan” Influencer terkenal menyesal tinggalkan dunia modeling lepas nikah!

SETIAP isteri pasti memasang impian untuk menjadi wanita solehah dengan menjalankan tanggungjawab dan mentaati suami.

Begitulah juga yang dilakukan wanita ini yang menurut segala kehendak suaminya selepas mendirikan rumah tangga.

“Sebelum ni kerjaya saya sebagai influancer, boleh dikatakan mempunyai perwatakan dan rupa yang menarik.

“Saya tinggalkan semua kerjaya modeling tudung disebabkan suami… saya tinggalkan dunia review di IG (Instagram) semua sebab taat perintah suami yang tak mahu wajah saya jadi tatapan lelaki lain,” luahnya memulakan cerita.

Menjadi suri rumah bukanlah tugasan mudah. -Gambar hiasan

Menjadi suri rumah bukanlah tugasan mudah. -Gambar hiasan

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, kesengsaraan kehidupan berumah tangganya bermula apabila suami menjadikan kediaman mereka seperti hotel.

Bukan itu sahaja, suaminya juga didakwa enggan bekerja sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung keseluruhan perbelanjaan termasuk kos dan urusan berkaitan anak.

“Saya memang dah tak tahan sangat hidup dengan suami. Dia buat rumah macam hotel, tak mahu kerja, saya yang terpaksa tanggung perbelanjaan anak, tanggung duit rumah sewa semuanya.

“Suami pernah pukul , dia juga seorang peminum ketum yang sangat kuat! Kalau tak dapat beli ketum, dia jadi baran dan jadi nak marah maki-maki.

“Saya pula yang kena tanggung semuanya… dia juga kuat memaki hamun saya dan keluarga saya. Apabila dia ada duit dia senyap, tak bagitahu saya,” katanya lagi.

Malah dakwa wanita ini, suaminya juga pernah mencuri duitnya beberapa kali.

Tambahnya, keadaan yang dialami membuatkan dia berasa tertekan dan mungkin akan mengalami gangguan emosi jika berterusan.

Selain itu, dia juga sering difitnah melakukan zina dengan lelaki lain termasuk warga asing dan digelar pelacur oleh suaminya.

Pergi pejabat agama. Sah-sah nafkah dia tak tunaikan, tuntut fasakh.

WARGA MAYA

“Dia panggil saya pelacur atau gelarkan GRO… panggil saya dengan semua nama binatang sedangkan saya hidup hanya ada depan mata dia sahaja, keluar pun dengan dia.

“Saya bekerja hanya dari rumah, telefon saya selalu diperiksa suami sehinggakan password media sosial saya semua dia ada,” tambahnya lagi.

Cuba untuk keluar dari masalah yang dialami, wanita ini pernah memohon cerai daripada suaminya.

Namun lelaki tersebut enggan melepaskannya walaupun menyatakan perpisahan dilakukan atas persetujuan bersama.

“Saya minta cerai berkali-kali… dia susah nak lepaskan, saya suruh cerai atas persetujuan bersama pun dia tak mahu sebab dia memang tak boleh nak ceraikan saya.

Segelintir warga maya berkongsi pandangan.

Segelintir warga maya berkongsi pandangan.

“Akhirnya saya cakap nak pergi pejabat agama untuk failkan cerai… dia hantar macam tu (tangkap layar WhatsApp) dekat saya,” luahnya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang memberi reaksi dan berkongsi pandangan.

“Punyalah sabar seorang isteri tu. Kena hina macam-macam pun masih bertahan. Itu pun lelaki tak hargai.

“Kumpul semua bukti pukul, tak bagi nafkah semua sis… tunjuk bukti.

“Kalau betul-betul curang jatuh talak tu… bab anak tengok pada keadaan, tak semudah tu dapat pada bapa.

“Pergi pejabat agama. Sah-sah nafkah dia tak tunaikan, tuntut fasakh,” ujar beberapa warga maya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *