Hilang selama 19 hari. Pencarian dilakukan selama 17hari. Akhirnya berjaya keluar dari hutan dengan selamat. Satu Malaysia kecoh cari dia dan ikut perkembangannya setiap hari.
Tapi dia cuma rasa baru 2 hari hilang di dalam hutan. Jangan tak percaya dengan kehidupan dan kewujudan alam ghaib. Tuan punya badan sendiri pun dah mengalaminya.
Apalah yang hendak kita nafikan. Syukur akhirnya kembali ke pangkuan yang tersayang, keluarga yang henti mendoakan siang dan malam. Syafiq dakwa hanya hilang dua hari, Panglima tak tolak elemen mistik MIRI: Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim. 22. yang ditemui selamat selepas 19 hari dilaporkan hilang. mengingatkan dirinya hanya ‘hilang dua hari sahaja.
Perkara itu dikongsikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan pada sidang media di Wisma Perwira Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, hari ini.
Beliau berkata Muhammad Syafiq juga berusaha mencari kembali pasukan dengan menyusuri sungai-sungai dan tanda yang ada untuk kembali kepada pasukan tetapi gagal.
“Pada hari kita jumpa itu, dia nampak khemah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan soalan pertama dia adalah ‘Ini askar Brunei ke’ sebab dia takut mungkin telah sesat ke Brunei,” katanya.
Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan yang berpangkalan di Tanjung Kidurong. Bintulu itu ditemui selamat Sabtu lalu setelah hilang selama 19 hari sejak Jun 18 Jun lalu di sempadan Malaysia-Brunei ketika menyertai Op Ukur di Limbang sebagai anggota pengiring.
Panglima Tentera Darat itu juga tidak menolak elemen mistik kehilangan Syafiq Hilmi di hutan tebal, Ulu Limbang. “Kita tak boleh nafikan tidak kira berapa maju kita dalam sains dan teknologi, elemen itu (mistik) tetap ada tapi adalah sukar untuk kita membuktikannya,” katanya ketika ditanya sama ada kehilangan Muhammad Syafiq membabitkan elemen mistik.
“Sebab itulah dalam usaha kita membuat pencarian ini, kita menggunakan cara konvensional dengan teknologi yang ada dan sebagainya.
“Kita usaha juga menggunakan cara-cara tradisional dengan minta bantuan ustaz-ustaz serta pada masa sama membabitkan penduduk setempat yang mungkin lebih arif dan faham dengan keadaan di situ,” katanya Beliau berkata Muhammad Hafizuddeain setakat ini Muhammad Syafiq dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil.
“Bagaimanapun, pemantauan masih lagi dibuat untuk memastikan Muhammad Syafiq berada dalam keadaan fizikal, mental dan spiritual yang baik dan normal sebelum dibenarkan bercuti di kampung halamannya di Baling, Kedah.
Menurut beliau, siasatan oleh Lembaga Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti sebarang kemungkinan “foul play” atau khianat. Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk kampung yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sumber : obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.