Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang enggan memboikot pelakon sensasi Ruhainies biarpun terheret dalam kontroversi panas membabitkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Kata Michael, dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan Ruhainies, bagaimanapun masih mencari peluang untuk mencari watak yang bersesuaian dengan pelakon wanita itu.
“Bagi saya untuk bekerja dengan seseorang itu terpulang kepada cerita yang saya tengah buat dan kesesuaian untuk seseorang pelakon itu memainkan watak.
“Tapi bagi saya buat masa ini tak ada naskhah yang saya terfikir nak ambil dia (Ruhainies). Belum ada watak dalam projek- projek saya akan datang yang sesuai untuk dia lakonkan.
“Bakat lakonan dia tak ada lagi yang sesuai untuk watak-watak yang saya cari,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Posting Penyondol Hanya Gurauan
Sementara itu, Michael menjelaskan postingnya berkaitan ‘penyondol’ seperti yang dimuatnaik pada Rabu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya gurauan semata-mata.
“Video itu bukan menghentam, dan tiada istilah menghentam. Saya hanya buat lawak sebab benda tu tengah viral.
“Sebelum ni saya tak ada komen apa-apa pun. Kalau nak curang ke menyondol ke, suka hati kau lah!
“Pada saya benda tu kelakar, tiada niat untuk mengutuk ke apa tetapi untuk buat netizen terhibur,” kongsinya.
Sumber : gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.