“Sophia Albarakbah rasa diri tak cukup sempurna” dedh punca kekasih sanggup curang padanya

SELEPAS berkongsi ciri-ciri calon suami yang diidamkan, kali ini pelakon Sophia Albarakbah mendedahkan pula mengenai pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih.

Menerusi Instastory, Sophia, 30, memberitahu dia pernah berdepan fasa dicurangi oleh teman lelaki dalam hubungan percintaan sebelum ini.

Copy of Untitled - 2024-07-04T113413.095

Sophia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

“Oh ya, bekas teman lelaki saya pernah curang sebelum ini,” katanya menjawab pertanyaan salah seorang pengikut di Instagram.

Sebelum ini, Sophia menarik perhatian netizen apabila memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya mestilah seorang yang jujur dan tidak curang dalam perhubungan serta tahu mengenai agama.

Dalam pada itu, pelakon itu turut mengakui ada rasa trauma untuk kembali menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Malah, ketidaksempurnaan pada dirinya mungkin menjadi sebab dia ditinggalkan oleh kekasih.

“Bagaimanapun, saya tak sempurna. Mungkin sebab itulah,” ujarnya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *