Norjuma muncul lepas 4 waran tngkap keluar, tapi ramai yang perasan sesuatu tak kena padanya..

Bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed hari ini hadir dalam majlis kesyukuran di sebuah hotel yang dikendalikannya, di sini.

Kemunculan Norjuma, 44, agak mengejutkan selepas empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Selasa lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan tudung itu.

Norjuma yang memakai baju kurung ketika ditemui di Royal Guest House jam 4.30 petang itu turut mengadakan sidang media berhubung operasi hotelnya.

Media sebelum ini melaporkan, empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Norjuma Habib kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

Sebutan kes itu berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.

Ketika kesnya disebut di hadapan Illi Marisqan, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon waran tangkap selepas Norjuma tidak muncul selepas kesnya disebut sebanyak tiga kali.

Mahkamah kemudian menetapkan 26, 29, 30 Julai dan 2 Ogos ini untuk sebutan waran tangkap.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *