Pempengaruh Islamik, Alif Teega akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan dikaitkan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma untuk kepentingan peribadi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alif berkata fitnah tersebut dibuat tanpa usul periksa. Jelasnya lagi, dia tidak kisah orang ramai memburukkan dirinya tetapi tidak memburukkan isterinya,Aisyah.
Menurut Alif lagi, sehingga hari ini Aisyah hanya berdiam diri sehingga ke hari ini meskipun ada yang mengaitkan dengan bapa, fitnah seleweng duit dan sebagainya.
Sementara itu, Alif menegaskan dakwaan terlibat dengan komisyen 20 peratus dari sumbangan derma adalah tidak benar sama sekali.
Dakwanya lagi, wang sumbangan yang diperoleh akan terus dimanfaat dengan sebaiknya pada penerima yang memerlukan dan mereka tidak tahu mengenai kewujudan PDF yang tersebar
Dalam pada itu, Alif mendakwa wajah mereka digunakan tanpa kebenaran dan mungkin tawaran tersebut diberikan kepada inluencer lain.
Sumber : rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.