“Jenis nak murah, nak makan sedap tapi malas masak.. lepas tu tahu complain, Intan Nawuja terus sound setepek

Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang sentiasa mahu menawarkan sesuatu barangan yang dibeli dengan harga yang murah.

Nak murah tapi malas masak sendiri’

 

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Intan atau nama sebenarnya Datin Intan Najuwa binti Abdul Wahid akui acap kali melihat para peniaga berdepan dengan situasi apabila ramai pembeli melabel harga makanan yang dijual mereka agak mahal dan tidak berpatutan.

Jenis nak murah tapi nak makan sedap malas masak sendiri. Kemudian complain orang jual mahal. Kasihan tau, diorang berniaga, barang mentah tu semua modal. Semua pakai duit bukan pakai daun.

Dengan penat memasak lagi, membungkus, pembantu lagi. Semua tu guna kos. Yang pelanggan tahu nak murah je semua.

Zaman dah 2024, semua barang harga naik. Kasihan tengok peniaga kecil-kecilan struggle berniaga makanan, lepas tu ada lah jenis nak kompelin je.

 

Dalam pada itu isteri kepada ahli perniagaan Datuk Ahmad Azraf Azman berpendapat bahawa setiap individu memiliki kuasa beli masing-masing. Sekiranya tidak bersetuju dengan harga makanan yang ditawarkan penjual, para pembeli boleh mengambil inisiatif lain seperti memasak sendiri dan sebagainya.

Dia senang je, kalau nak murah masak sendiri. Tak perlu beli. Kalau rasa mahal, tak perlu beli dan complain. Sebab masing-masing ada pilihan. Masak tak nak, malas. Lepas tu beli mahal sikit complain. Ramai ya orang yang begitu.

Malah orang ramai perlu faham akan setiap kos yang perlu ditanggung oleh penjual lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang mengalami kenaikan harga barangan mentah.

Kasihan kedang-kadang tengok ramai suri rumah struggle jual makanan cari pendapatan sampingan. Orang tu modal, titik peluh lagi. Ingat senang ke nak masak sedap-sedap. Lepas tu yang jenis hati kaudu complain je kerja pertikai pasal harga.

Difahamkan, hantaran tersebut telah dipadam oleh Intan.

‘Kalau nak murah, masak sendiri’

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *