Hiburan

“Siapa suruh diet zero salt, sugar tu kau minum je air paip” Perkongsian selamba diet KA buat ramai terhibur

Nak kurus bukan bermaksud kena berhenti makan makanan yang kita suka. Itu antara pendekatan yang pernah dikongsikan pempengaruh makanan, Khairul Aming, berdasarkan pengalaman perjalanan menurunkan berat badannya.

Menurut Khairul Aming, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah mengawal kuantiti makanan serta memastikan pengambilan kalori lebih rendah daripada jumlah yang dibakar.

Nasi 3 kali sehari, lauk, kuah. Kuah tu tak payah la masak sendiri, siapa yang minta zero sugar, zero salt, kau makan je air paip.

Apa KA buat ialah beli kuah beli dekat grab, asam pedas ke, kuah kari mamak, kawal la portion tu.

Malah, Khairul Aming sendiri mengakui masih mengambil nasi dalam pemakanannya ketika menjalani misi menurunkan berat badan.

Bagi Khairul Aming, makanan kegemaran masih boleh dinikmati asalkan kuantitinya dikawal.

Ini termasuk makanan yang dibeli di bazar atau makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Makan je la, sebab macam ni, kalau exteme diet sangat ni kejap je lepas tu tak buat. Khairul Aming dah buktikan, naik pulak lagi teruk dari sebelumnya. Makan je tenang-tenang.

Dalam perkongsian rutin pemakanannya, Khairul Aming turut memberi perhatian kepada makanan tinggi protein.

Antaranya ialah ayam dan telur ketika bersahur, selain mengambil protein shake pada waktu malam.

Selain menjaga pemakanan, senaman turut menjadi sebahagian daripada rutin Khairul Aming ketika menurunkan berat badan di mana beliau turut mengambil ‘private trainer’ di gimnasium.

Beliau pernah berkongsi rutin ke gimnasium serta mendapatkan bimbingan jurulatih kecergasan untuk mempelajari teknik dan postur senaman yang betul.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.