Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi doa yang tidak pernah putus dititipkan oleh ibunya sekali gus menjadi antara sumber kekuatan di sebalik pelbagai kejayaan yang diraih.
Doa seorang ibu
@khairulamingfans_ Replying to @nursyalee ♬ original sound – Khay.
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai doa yang sering dititipkan oleh ibunya.
Menurut Khairul Aming, ibunya tidak pernah putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan selain terus memberi sokongan terhadap setiap minat dan usaha yang diceburi.
Saya rasa mak saya doa urusan saya sentiasa dipermudahkan.
Mak letak saya di persekitaran yang saya selesa untuk berkembang.
Dia tak sekat apa yang saya nak buat.
Dalam pada itu, usahawan berusia 32 tahun sempat menitipkan pesanan buat ibu bapa agar memberi ruang kepada anak-anak memilih bidang yang diminati tanpa menetapkan kejayaan untuk mereka.
Kadang-kadang kita nak anak ikut apa yang kita nak. Tapi kita kena ingat, anak-anak akan membesar dan pilih jalan hidup sendiri.
Kalau kita letak anak di persekitaran yang dia tak minat, susah nak berjaya.
Biar kita bangga anak jadi manusia yang berguna. Jangan bangga dengan kejayaan di atas kertas.
Ramai orang cemerlang atas kertas tapi perangai tak guna.
Sumber: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
