Bulan Ramadan memang waktu paling sesuai untuk menikmati minuman sejuk yang menyegarkan. Jika anda follow TikTok, pasti pernah melihat Khairul Aming berkongsi pelbagai resipi air. Kali ini, kami kongsikan 5 menu air Khairul Aming yang mudah, sedap dan sesuai untuk buka puasa.
Semua resipi ini cepat siap, bahan senang dicari dan boleh dibuat awal supaya sejuk elok-elok bila tiba waktu berbuka
@khairulaming5 Menu Air Berbuka: Longan Kurma Merah, Watermelon Jasmine, Soda Herbs Kasturi, Infused Water & Es Jeruk. Haa tahun ni kita bagi both air manis dan air kosong. Boleh cuba semua air tapi jangan banyak sangat minum air manis okeh 😁 Selamat berbukaa
1. Longan Kurma Merah – Air Paling Popular

Menu klasik ini tetap menjadi kegemaran ramai. Gabungan longan, kurma merah dan gula Melaka membuat air ini manis semula jadi, seimbang dan menyegarkan.
Bahan-bahan:
- 1 tin buah longan bersama air
- 1 liter air
- 10 biji kurma merah (potong dua, buang biji)
- 2–3 biji gula batu
- 1 ketul kecil gula Melaka
- Biji selasih (rendam dahulu)
- Ais secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan longan bersama air ke dalam periuk.
2. Tambahkan air dan kurma merah. Masukkan gula batu dan gula Melaka.
3. Rebus hingga kurma lembut.
4. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk 3–4 jam.
5. Hidangkan dengan ais dan biji selasih.
Tip: Jika ingin minum pukul 7 petang, mula masak sekitar jam 3–4 petang. Rasa dia balance antara manis longan, kurma merah dan aroma wangi gula Melaka.
2. Watermelon Jasmine – Air Segar Dan Wangi

Air ini diinspirasikan daripada minuman viral, tetapi versi mudah untuk dibuat sendiri. Rasa manis tembikai, wangi green tea jasmine dan sejuk ais memang sangat menyegarkan.
Bahan-bahan:
- Isi tembikai
- Air green tea jasmine (kotak)
- Hirisan lemon
- Cebisan tembikai
- Ais secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar tembikai bersama air green tea jasmine.
2. Tuang ke dalam gelas berisi ais.
3. Hias dengan hirisan lemon dan cebisan tembikai.
Warna merah segar dan aroma jasmine memang membuat air ini menjadi antara kegemaran ramai.
3. Soda Herbs Kasturi – Air Masam Manis

Bagi anda yang suka minuman masam-masam manis, menu soda herbs kasturi ini memang sesuai. Rasa limau kasturi + asam boi + soda memang menyegarkan!
Bahan-bahan:
- 5–10 biji limau kasturi (perah)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1–2 biji asam boi
- Air aiskrim soda
- Daun pudina
- Ais secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Perahkan limau kasturi, masukkan asam boi dan serai diketuk.
2. Tambah ais, kemudian tuang air ice cream soda.
3. Hias dengan daun pudina.
Air ini ada layer limau kasturi masam + soda manis + aroma serai yang wangi – memang puas hati minum selepas seharian berpuasa.
4. Infused Water Buah – Air Sihat Dan Refreshing

Dalam bulan puasa, jangan lupa air kosong! Versi infused water ini cantik, sihat dan sangat menyegarkan.
Bahan-bahan:
- Hirisan tembikai, oren, lemon, timun batang
- Daun pudina dan daun pandan (pilihan)
- Air kosong
Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua hirisan buah dan daun ke dalam jag.
2. Tuang air kosong secukupnya.
3. Simpan dalam peti sejuk 1–2 jam sebelum minum.
Air ini sesuai untuk anda yang ingin kurangkan minuman manis tetapi tetap menikmati rasa fruity dan sejuk.
5. Es Jeruk Limau Madu – Air 1 Bahan

Menu paling simple tetapi tetap sedap. Hanya perlukan limau madu dan ais – tak perlu gula tambahan.
Bahan-bahan:
- Limau madu
- Ais secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Belah dan perah limau madu (jangan kisar, nanti pahit).
2. Tuang dalam gelas berisi ais.
3. Hidangkan terus.
Rasa limau madu asli memang cukup menyegarkan, sesuai untuk buka puasa tanpa manis berlebihan.
Tip Minum Air Waktu Berbuka
- Mulakan dengan air kosong atau infused water.
- Air manis untuk tenaga tambahan, tetapi jangan berlebihan.
- Pastikan cukup air sepanjang malam hingga sahur.
Dengan 5 resipi air Khairul Aming ini, memang mudah untuk anda buat sendiri minuman berbuka. Semua resipi simple, sedap, dan sejuk, sesuai untuk hilangkan dahaga sepanjang Ramadan.
Selamat mencuba!
Sumber: myresipi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.