Pendakwah Selebriti, Da’i Syed yang hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk prosiding semula kes rayun atas pertuduhan merogol wanita 4 tahun lepas.
Ketika ditanya wartawan, Syed Iqmal mengatakan masuk penjara merupakan satu pengalaman yang pahit.
Gelap hidup saya pada saat itu, tapi Alhamdulillah kesihatan saya di dalam penjara baik-baik sahaja.
Syed juga mengatakan layanan yang diberikan baik dan beliau dapat berdakwah ketika berada dalam penjara.
Dapat berdakwah lah dalam penjara tu. Ajar orang mengaji, sambut Maulidur Rasul di dalam penjara.
Mengenalkan kepada banduan ini tentang Nabi dan Rasul. Jadi ada kesempatan duduk dalam penjara untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu.
Semoga segala urusan beliau di Mahkamah hari ini dipermudahkan.
Meskipun menerima pelbagai reaksi daripada netizen tentang pembebasan Syed, Hana memberitahu masih ada individu yang mengambil berat tentang situasi yang menimpa mereka.
Tambahnya, dia hanya mahu menggunakan masa yang ada untuk dihabiskan bersama suami dan anak perempuan mereka.
“Alhamdulillah syukur tapi kita sebagai manusia sebenarnya kita hanya diberikan pinjaman masa. Saya mahu habiskan masa sebaik mungkin bersama suami dan anak saya.
“Allah Maha Baik, tak semua netizen yang beri kecaman. Masih ada orang yang baik-baik dan sangat mengambil berat tentang kami.
“Walaupun pada mereka (netizen) mungkin kami tidak layak tapi sebab kami ihsan dan akhlaknya baik jadi Alhamdulillah. Kami dapat juga (mohon pembebasan sementara),” ujarnya.
Pada 30 Ogos lalu, Syed menangis dalam kandang tertuduh apabila dihukum penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam kerana didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada lima tahun lalu
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.