TIDAK lagi berselindung, pelakon Wafariena akhirnya berkongsi wajah seorang jejaka yang dipercayai teman lelakinya.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Wafariena, 31, dilihat berjalan sambil berpegangan tangan dengan pempengaruh media sosial, Ammar Qayum, ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Pasangan itu turut dilihat mengenakan pakaian sedondon selain mempamerkan kemesraan sepanjang percutian berkenaan.

Antara foto kemesraan Wafariena bersama Ammar.
Perkongsian tersebut sekali gus menguatkan dakwaan mengenai hubungan istimewa antara Wafariena dan Ammar.
Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Wafariena tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Sebelum ini, menerusi temubual bersama mStar, Wafariena menafikan dakwaan dia bercuti berdua bersama teman lelakinya di Bali.
Dakwaan itu timbul selepas mStar menerima kiriman foto yang memaparkan kemesraan Wafariena bersama seorang lelaki yang dipercayai pempengaruh terkenal di TikTok.
Malah, Wafariena mengakui sedang mengenali seseorang namun memilih untuk tidak mengulas lanjut.
“Saya tak nafikan sedang berkenalan dengan seseorang. Buat masa ini tunggu sajalah, nanti kalau ada berita gembira, saya akan kongsikan. Tunggu jemputan,” kongsinya.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
