Setiap perkongsian mengenai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah, pastinya tidak akan terlepas daripada perhatian ramai.

Menerusi perkongsian semula hantaran Bella di Threads, pasangan dua sejoli itu dilihat sedang menikmati sarapan selepas melakukan aktiviti larian.
Saya dapat buat 5km sahaja, terima kasih teman lari.
Dia pula masih senyum walaupun dah lari 21km.
Bagaimanapun, bukan hidangan makanan atau momen mereka yang menjadi perhatian warganet, sebaliknya foto-foto yang diselit Syed Saddiq di belakang telefon bimbitnya.
Comelnya YB sarapan dengan Bella selepas berlari, tapi mata aku perasan sesuatu.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut ‘zoom’ pada gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas foto yang dimaksudkan.
Dalam masa yang sama, mereka juga menyifatkan tindakan Syed Saddiq meletakkan foto bersama Bella di belakang telefon bimbitnya itu sebagai sesuatu yang manis dan romantik.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis pada 28 Mac lalu.
Pasangan itu juga sebelum ini memberi bayangan bahawa hari bahagia mereka akan berlangsung dalam masa terdekat.
Sumber: ohbulan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
