“Yang battle semua bukan Siti Nurhaliza” Individu ‘Curious’ kehadiran Biduanita Negara di Rembayung, pengurus tampil beri penjelasan

Seorang individu meluahkan rasa ingin tahu mengenai bagaimana Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mendapatkan tempat di restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming iaitu Rembayung baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mempersoalkan sama ada Siti atau mesra disapa TokTi turut perlu ‘battle slot’ seperti pelanggan lain atau menggunakan bantuan pembantu peribadi (PA).

“Curious Tokti pergi Rembayung battle slot sendiri ke guna PS,” tulis individu itu.

Menjawab persoalan itu, pengurus Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak tampil menjelaskan kehadiran mereka ke restoran tersebut sebenarnya adalah atas jemputan khas bagi meraikan dirinya selain turut diadakan kejutan sambutan hari lahir.

“Sebenarnya @ctdk tu hanya jemputan meraikan saya, dan saya juga hadir kerana ada surprise sambutan birthday untuk saya di situ.

“Jadinya yang battle semua tu bukan @ctdk. Dan kebetulan dapat slot tengahari, hari kerja tapi kami hadir juga. Saya terangkan supaya dapat menjawab juga pertanyaan lain,” ujarnya.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *