“Wanita jelita, Irenee Deanna akhirnya buka mulut” dedh hubungan dengan Syamsul Yusof, buat ramai tak sangka

AHLI perniagaan yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan Syamsul Yusof iaitu Irenee Deanna menjelaskan hubungannya dengan pengarah tersebut hanya sekadar kenalan bisnes.

Irenee, 25, menegaskan terkejut apabila namanya dikaitkan dengan cerita sensasi tersebut sehingga menjadi sebutan ramai dalam media sosial sehingga hari ini.

Jelasnya, foto dan video yang memaparkan dia bertemu dengan Syamsul tidak lebih daripada pertemuan antara rakan bisnes.

“Bagi pihak saya, memang tiada sebarang komen.

Sebenarnya pertemuan itu sebab urusan kerja dengan Utama Motor. Hanya ambil gambar macam biasa tetapi tiba-tiba semuanya jadi lain.

“Kami sekadar kenalan, sebab dia kenalan (bisnes) ibu dan bapa saya. Hanya sekadar kenalan ‘hi bye’” katanya kepada HibGlam selepas sidang konsert Stars On Fire In Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Ditanya reaksi selepas namanya tular dalam media sosial dan didakwa menjalin hubungan istimewa dengan pelakon filem Munafik itu, Irene berkata perkara itu tidak menganggu urusan kehidupannya.

IRENEE DEANNA menafikan dia menjalin hubungan cinta dengan Syamsul Yusof seperti yang tular dan menjadi percakapan ramai sebelum ini. – MOHD. FIRDAUS JOHARI.

Semuanya tiba-tiba dan rasa terkejut tetapi tidak menggangu pun urusan hidup pun. Tiada rasa stres sebab cerita-cerita itu pun.

“Itulah, Alhamdulilah juga (pengikut media sosial bertambah),” katanya lagi.

Sementara itu, dia juga tidak memberi sebarang penjelasan apabila disoal mengenai statusnya sama ada sedang menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana jejaka ataupun tidak.

Saya tiada komen,” katanya tersipu malu.

Bulan lalu, nama Irenee menjadi sebutan ramai apabila foto dan videonya dengan Syamsul pada majlis yang turut dihadiri keluarga Irene meledak dalam media sosial.

Rentetan itu, ramai yang mula membuat spekulasi bahawa dia merupakan teman wanita Syamsul ketika ini.

Sumber : HIBGLAM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *