Hiburan

[Video] “Menantu aku ni baik..”- Ayat Mahal Amy Search Undang Tular

Siapa yang tidak kenal dengan rocker tersohor tanah air, Amy Search yang juga bapa kepada aktres berbakat Nabila Huda.

Baru-baru Nabila atau mesra dengan panggilan Abil mended4hkan sisi sebenar Amy sebagai seorang bapa mertua apabila dia berkongsi sebuah video di Instagramnya @kupu_kupu.

“Ulang tayang post takpe kan? Tapi ni different version (versi berlainan).

“Too cute la relationship (comel sangat hubungan) bapa mertua dan menantu kesayangan. Tengok sampai habis tau. Yang last tu sweet gil4!” tulis Nabila.

Video:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nabila Huda (@kupu_kupu)

Dalam perkongsian video berdurasi dua minit 22 saat itu, Amy yang sedang membuat ‘live’ di Instagram menerima panggilan dari menantunya, Mohd Izwan Johar.

Komen netizen:

“Menantu saya telefon. Hari ni menantu kita punya harijadi. Tolong ucapkan selamat hari jadi untuknya,” kata Amy bersahaja.

Bekas penyanyi kumpulan rock Search itu terus mengucapkan selamat hari l4hir sambil mendoakan kesejahteraan anak dan menantunya.

“Papa doakan supaya diberikan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang tidak ada batasan. Semoga korang punya impian sentiasa dimakbulkan Allah SWT, bersama isteri tersayang, Nabila huda.”

Kemesraan antara Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, dengan menantunya memang tidak dapat dis4ngkal lagi.

Amy sempat bertanyakan hadiah apa yang diingini menantunya sambil mengumpan mereka ke rumah dengan hidangan Croissant dan Asam Pedas.

“So korang tengok kita kamcing tau dengan menantu kita (sambil menunjukkan wajah menantunya kepada warganet).”

Namun, apa yang paling manis dan mahal adalah ayat yang keluar dari mvlut Amy sebaik perbualan itu berakhir.

“Itulah dia menantu aku. Menantu aku ni baik,” demikian kenyataan mahal Amy yang mengundang tular.

Video itu mendapat lebih 430,000 tontonan serta pelbagai reaksi warganet terutama dalam kalangan artis.

“Style (bergaya) la bapak. Untung dapat ‘father in law’ (bapa mertua) Rocker. Happy Birthday to your hubby (selamat hari jadi kepada suami anda),” demikian ucap penyanyi lagu Awan Yang Terp1lu, Ning Baizura.

“Aloo last tu menantu baik berrt,” kata aktres Diana Danielle.

 

Sumber : sinetronmalaya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.