Semasa

Vide0 : Budak Umur Lima Tahun Kena Langgr Depan Rumah, Rakaman Tunjuk Bagaimana Kejadian Boleh Terjadi

Seorang kanak-kanak yang tular selepas dilnggar sebuah kenderaan di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, di sini, petang Rabu lalu, disahkan par4h.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 5.45 petang itu, m4ngsa dil4nggar oleh sebuah kenderaan dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.

“Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di kampung sama, dari tempat kerja.Mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, 5, yang pada mulanya berada di tepi jalan, dia tiba-tiba melintas jalan secara melulu.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terl4nggar m4ngsa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun sudah cuba untuk membrek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shamsul Amar berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati mangsa yang beralamat di Sungai Udang mengalami pend4rahan pada limpa dan keced3raan usus. M4ngsa kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Amar mengesahkan pemandu wanita yang bekerja sebagai kerani itu sudah membuat laporan polis berhubung kemal4ngan berkenaan.

“Siasatan masih diteruskan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular satu video seorang kanak-kanak bermain di hadapan rumah bersama rakan sebelum dilanggr sebuah kenderaan.

VIDEO

Menerusi video itu, pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki melintas jalan, diikuti dua lagi kanak-kanak termasuk mangsa.

Mangsa yang memakai baju putih dan berseluar merah bersama seorang kanak-kanak lelaki dipercayai abangnya berhenti di tepi jalan, sementara dua kenderaan lalu di hadapan mereka.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan itu berlari ke jalan dan terdengar bunyi dentuman kuat disertai jeritan abangnya.

Video yang tular di media sosial itu dirakam dashcam (kamera papan pemuka) sebuah kenderaan yang berhenti di lokasi berkenaan.

Sumber : HMetro / kisahbena

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *