“Ummi Nazeera tolak tawaran berlakon dengan Aliff Aziz” Ummi Nazeera dedh prangai Aliff buat ramai tak percaya

PELAKON Ummi Nazeera menolak tawaran bekerja dengan penyanyi Aliff Aziz meski pernah bergandingan dalam drama Dia Dari Syurga.

Kata Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, dia memilih berbuat demikian demi menjaga hati orang sekeliling.

Saya memang selektif termasuk perihal pelakon gandingan. Selama ini saya juga memilih hero saya.

“Sebenarnya ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga.

Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi mahu elak mengguris hati sesiapa,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka FiziWoo, semalam.

Ditanya sekiranya pelakon drama Nur Kasih itu pernah menghubungi Aliff, Ummi pantas menidakkan namun mengakui ada berkomunikasi ketika menjalani penggambaran.

Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘over limit’ (melebihi had).

“Dia selalu minta bantuan saya membabitkan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, selaku rakan industri Ummie mendoakan yang terbaik buat Aliff apabila terjebak dengan kontroversi panas melibatkan banyak pihak.

“Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu yang terbaik buat semua orang. Dia dan keluarganya tidak pula buat salah dengan saya.

“Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya kirimkan doa dan tidak sebarkan aib.

“Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang,” katanya.

Sebelum ini, Ummi pernah bergandingan dengan Aliff menerusi drama Dia Dari Syurga yang bersiaran di saluran RTM pada Mac lalu.

Sumber : HIBGLAM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *