“Total kehilangan RM800k.. dia ambil peti besi dan emas atas meja mekap..” – Kieda Crepe

Selepas 40 hari berlalu, usahawan pencuci mulut terkenal, Kieda Crepe akhirnya buka mulut mengenai insiden hitam dalam hidupnya.

Kieda berkata, rumahnya telah dipecah masuk perompak menyebabkan peti besi mengandungi emas bernilai RM800,000 lesap.

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang suspek ditangkap dan Kieda masih menunggu hasil siasatan daripada pihak polis.

 

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai kejadian, Nur Khalieda Yusra berkata rumahnya dipecah masuk perompak pada 25 April 2024 lebih kurang jam 8 ke 11 malam.

Ketika kejadian, dia dan suami sedang berniaga di kedai. Mereka pulang ke rumah jam 11.40 malam dan mendapati rumah bukan dalam keadaan biasa.

kieda crepe

Suaminya, Hilmi tercengang melihat keadaan rumahnya yang baru dikemas lebih kurang pukul 7 malam hari yang sama.

Saya buka pintu saya rasa pelik, “Ni bukan rumah aku ni”. Saya tengok langsir terangkat, ada baju kurung atas kusyen.

Dalam pukul 7, saya balik set up barang sekolah anak saya, saya kemas rumah sekali. Saya tahu barang-barang dalam rumah saya macam mana.

Mereka segera menghubungi sepupu untuk memeriksa keadaan rumah. Mereka mendapati grill tingkap sudah ‘dipecah’ dan perompak masuk melalui situ.

Depa masuk, depa attack satu benda saja iaitu bilik kami. Rumah memang tak berselerak langsung, depa masuk laluan tu, depa keluar pun laluan itu. Mereka baru je keluar sebab kesan tapak kaki tu masih basah. Bau badan terlalu kuat. Busuk gila.

Pasangan suami isteri ini terus menangis apabila mendapati peti besi yang mengandungi harta benda hampir RM1 juta hilang.

kieda crepe

Kebetulan ketika kejadian, CCTV rumah mereka sudah lima hari tidak beroperasi. Satu perkara yang Hilmi sedari adalah bau badan perompak yang busuk masih melekat di rumah itu.

Mereka segera membuat laporan polis dan siasatan lanjut telah dilakukan. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang penangkapan terhadap suspek dilakukan.

Kieda berharap orang ramai dapat mendoakan semoga pelaku dapat ditangkap dengan segera.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *