“Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan” 11tahun kawin, Akhirnya Datin Alyah Tok Ram dedh jantina dan nama ank

Baru-baru ini, penyanyi Datin Alyah berkongsi berita gembira dimana dirinya dan suami, Datuk Ramli MS telah mengambil seorang anak angkat perempuan dan diberi nama Nur Izzara.

Majlis aqiqah cukur jambul
Berita bahagia itu telah dikongsikan di akaun Instagram miliknya pada hari Selasa. Menerusi hantaran tersebut, Alyah memberitahu majlis aqiqah untuk anak perempuannya itu sudah pun diadakan.

Nur Izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambamu.

Terima kasih buat abang Ajis dan kak Chik sekeluarga. Menguruskan segala-galanya untuk majlis aqiqah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.

Bersyukur dengan perancangan Tuhan
Di samping itu, penyanyi lagu Kisah Hati ini turut terlihat meluahkan rasa syukur terhadap Allah SWT atas perancangan yang terbaik buatnya dan suami. Dia turut mengingatkan dirinya bahawa tiada manusia yang mampu melawan takdir dan aturan yang sudah ditetapkan Ilahi.

Peringatan untuk saya, walaupun di handphone ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tetapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah yang maha hebat dan maha kasih.

Untuk info, Alyah dan Datuk Ramli MS telah berjaya bergelar suami isteri pada 18 Mac 2013 namun belum dikurniakan cahaya mata. Sebelum ini, Alyah difahamkan pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Sumber : beautifilnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *