“Tidak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat pandai” ibu mentua bersuara bila Watie mengaku tak tahu cara menyiang ikan

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan sebelum mendirikan rumah tangga, dirinya tidak mengetahui cara menyiang ikan.

Tak tahu cara menyiang ikan

Watie Hanifiah

Menerusi hantaran di Instagram Story, Watie berkongsi momen sewaktu pertama kali bertemu dengan ibu mentuanya, Salamiah Jalani yang ketika itu sedang menyiang ikan.

Menurut Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah, dia berterus terang kepada ibu mentuanya bahawa dia tidak tahu jenis ikan serta cara menyiang.

Masa mula-mula jumpa ibu mentua, dia tengah siang ikan sepat, ikan itu boleh melompat. Saya siap termencarut lagi.

Sudahnya saya terus terang je, segala jenis ikan saya tidak kenal sangat. Jadi siang ikan itu memang tak pernah lah. Sebab selalu makan ayam dengan daging sahaja.

Kata Watie, ibu mentuanya tidak memarahi dirinya, sebaliknya memuji sikapnya yang bercakap jujur.

Terus ibu mentua cakap, ‘tidak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat pandai’.

Alhamdulillah selamat dah terima saya sebagai menantu.

Bagaimanapun, Watie bersyukur selepas enam bulan berkahwin, dia kini semakin mahir tentang hal-hal berkaitan rumah tangga termasuk kerja-kerja menyiang ikan.

Tapi selepas kahwin, eh semua benda yang tak boleh jadi boleh. Semua benda yang tak pandai jadi pandai.

Untuk info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass Heights.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *