Tiba tiba Puteri Sarah menangis dibahu Pelakon lelaki buat ramai sebak bila dengar luahannya

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah merupakan seorang pelakon dan peragawati di Malaysia. Terdahulu isunya bersama bekas suaminya hangat diperkatakan netizen dan pada akhirnya mereka bercerai dengan talak 1.

Puteri Sarah memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan dan seterusnya menjadi pelakon untuk filem dan drama televisyen tempatan. Kini selain sibuk menguruskan anak-anak, Puteri Sarah juga sedang sibuk untuk memenuhi jadual sehariannya sebagai pelakon.

Terdahulu, Puteri Sarah dikaitkan dengan Usahawan dan aktor dari indonesia iaitu Andi Arsyil Rahman apabila dikatakan semakin akrab dan mempunyai hubungan yang istimewa. Namun Puteri Sara menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka hanya sekadar kawan dan rakan perniagaan sahaja.

“Umpama Pasangan Yang Saling Memahami”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hannankhaira_ yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 4.9 juta, tanda suka sebanyak 152 ribu manakala ruangan komen pula ditutup.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Andi Arsyil meminta Puteri Sarah untuk memaafkan individu yang telah menghina dirinya itu. Reaksi Puteri Sarah ketika itu pula tampak seakan berbelah bahagi serta sebak dengan keadaan yang begitu sehingga menitiskan air mata di bahu Andi Arsyil.

“Kamu Maafin mereka dulu, maafin semua orang yang menghina kamu, yaa maafin mereka”-kata Andi Arsyil

“Aku maafkan semua kalian, itu jadi pahala buat kamu, yaa maafin mereka udah”-tambah Andi Arsyil

@hannankhaira_ #🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 #🤍🌷_story🤍 #andiarsyil #puterisarahliyana #2024 #fyppppppppppppppppppppppp #lover #🤍🌷_story🤍 ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Bukan senang untuk kita memaafkan orang yang telah melemparkan kata-kata yang tidak elok kepada kita. Namun, memaafkan orang adalah cara yang terbaik supaya hidup kita makin tenang dan urusan di akhirat juga akan menjadi lebih mudah.

Sumber : murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *